Thursday 26 December 2019

PARLIMEN MALAYSIA

Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera,

Saya ingin berkongsi pengalaman bertugas sebagai Pegawai Parlimen bagi Agensi Kerajaan di Malaysia.  Tahukah anda yang parlimen ini terbahagi kepada Dewan Rakyat dan Dewan Negara?

Sedikit info: 


  1. Dewan Rakyat:
  • Dewan Rakyat dianggotai oleh wakil-wakil MP (Member of Parliament) yang menang sewaktu pilihanraya.  Maksudnya disini ialah Ahli Parlimen-Ahli Parlimen yang menang di kawasan-kawasan tertentu di Malaysia. Kiranya yang korang undilah 😝
  • Di Dewan Rakyat ini jugalah tempat di mana persoalan-persoalan mengenai dasar-dasar Kerajaan di review dan dibahaskan untuk kemakmuran bersama.  Bercerita mengenai persoalan, tahukah anda persoalan ini terbahagi kepada Soalan Lisan dan Soalan Bertulis? haa..yg persoalan nnti saya jawab dlm entri yang lain ye..

aturan susunan didalam Parlimen Malaysia

  1. Dewan Negara:
  • Dewan Negara terdiri daripada YB Senator yang dilantik berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.  Antaranya ialah mereka yang mempunyai rekod yang baik dalam pekerjaan dan telah menyumbang / memberi impak kepada negara.  
  • Mereka ini jugalah yang akan menjadi check and balance untuk sebarang dasar baharu yang dikemukakan untuk dibahas.  Mereka ini selalunya adalah orang-orang yang hebat dalam education.  Contohnya Professor, Dato', bekas kakitangan kerajaan, dsb.
Okay, sekarang masuk balik mengenai pengalaman bertugas di Parlimen.  Waktu pertama kali menjejakkan kaki ke Parlimen, kita akan terpegun dengan rekabentuk bangunannya.  Tahu tak sebab apa?  Sebab terlalu banyak ukiran kayu yang sangat berseni didalam bangunan tersebut.  Tak lupa juga ada gambar-gambar Yang Dipertuan Agong mengikut susunan di dalam saiz yang besar digantung di dinding sebelah atas.

Kalau anda semua berpeluang untuk masuk ke dalam Parlimen, kawasan yang wajib anda pergi ialah galeri nya.  Galeri ini berada di tingkat atas Parlimen.  Galeri ini menyimpan dokumen-dokumen kerajaan yang terdahulu, jubah speaker, cokmar, Perlembagaan Malaysia, dsb.

Lupa pula nak bagitahu yang Dewan Negara ni kecik sedikit daripada Dewan Rakyat.  Sebabtu waktu bertugas di Dewan Negara, muka kita ni masuk sekali dalam TV.  Yela, kita duduk di belakang bahagian Pegawai Kerajaan, disebabkan Dewan Negara ni agak kecil, muka kita pon termasuk sekali waktu Menteri menjawab Soalan-Soalan Dewan. 😝😝


saiz Dewan Negara yang kecil berbanding Dewan Rakyat


Perkara yang paling seronok apabila berada di Parlimen ini ialah sewaktu ahli pembangkang mengemukakan soalan tambahan yang mana YB Menteri kena bersedia untuk menjawab secara spontan.  Waktu ini, YB Menteri kena menggunakan segala kebijaksanaan untuk memberikan jawapan yang tepat dan sesuai dengan dasar Kerajaan yang telah ditetapkan.

Nanti saya akan kongsikan peraturan-peraturan apabila berada di dalam Parlimen yang wajib untuk kita patuhi.  Yang ni sangat penting kerana ada juga yang tidak dibenarkan masuk ke dalam Parlimen jika gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Okay lah..semoga berjumpa di entri yang lain..byeeeee




Tuesday 18 June 2019

Petua & Panduan Untuk Cepat Hamil


cahaya mata adalah anugerah daripada Allah
Semua pasangan yang berkahwin menginginkan cahaya mata sebagai pelengkap kepada sesebuah keluarga. Kehadiran cahaya mata tentunya menjadikan sesebuah keluarga itu lebih sempurna dan bahtera perkahwinan yang lebih menarik.  Walaubagaimanapun tidak semua pasangan dikurniakan cahaya mata. Terdapat juga sesetengah kecil pasangan menghadapi kesulitan untuk mendapatkan cahaya mata.

Di sini saya cuba kongsikan 10 tips untuk cepat hamil sebagai panduan dan bimbingan kepada pasangan yang ingin mendapatkan cahaya mata.

10 Panduan Tips Cepat Hamil

1. Kahwin awal. Untuk wanita, kahwin cepat bila ada peluang. Telah terbukti bahawa wanita berada dalam keadaan paling subur sebelum umur 20 tahun. Pada masa tersebut belum tumbuhnya endometriosis , fibroids dan lain-lain penyakit peranakkan
2. Pemeriksaan doktor lebih awal. Lebih 80% pasangan biasanya akan hamil dalam masa setahun selepas kahwin. Oleh itu, jika anda mengalami masalah senggugut atau gangguan haid, silalah berjumpa dengan doktor secepat untuk pemeriksaan peranakkan dan ujian kesuburan.
3. Semak kesihatan bersama. Tentukan status kesihatan suami isteri berada dalam keadaan terbaik. Buat rawatan jika adanya penyakit.
4. Hubungan seksual. Mampu buat hubungan seksual yang sempurna dan memuaskan. Ada yang kahwin selama 6 tahun tapi masih gagal menembusi selaput dara isteri. Jumpa pakar untuk rawatan jika masih gagal dalam tempuh 6 bulan kahwin.
5. Waktu subur yang tepat. Pasangan mempunyai peluang hamil yang baik jika pusingan haid isteri adalah teratur iaitu 28-30 hari (+/- 5 hari). Kebiasannya, waktu subur atau ovulation berlaku pada hari ke14 jika pusingan adalah 28 hari dan hari ke16 jika pusingan 30 hari.  Waktu subur boleh dikesan oleh catatan suhu BBT dan ovulation test kit.
6. Hubungan yang kerap sewaktu subur. Hubungan seksual boleh dilakukan selang malam mulai hari ke-12 hingga hari ke-20. Kekuatan benih suami berada dalam keadaan terbaik dalam jarak 48 jam.
p/s:  Jangan bangun untuk buang air atau mencuci faraj bila bersetubuh pada waktu subur. Kepit peha dan alas bantal dibawah pinggong selama 2-4 jam atau terus tidur.
7. Berada dalam keadaan tenang. Ketenangan jiwa dan lapang fikiran pada kedua suami dan isteri adalah sangat  penting untuk menjayakan kehamilan.
8. Berat badan. Kawal berat badan. Kegemukkan akan mengganggu hormon subur dan menghindar pematangan telor/ovulation. Rujuk kepada garis panduan untuk menguruskan badan.
9. Makanan yang berkhasiat. Pemakanan yang berkhasiat dan berzat sangat penting untuk cepat hamil. Sebaikknya 70% makanan terdiri dari bahan-bahan segar segar mentah – buah-buahna dan sayur-sayuran.  Minum juz segar dari buah-buahan dan sayur-sayuran. Jauhkan gula dan manisan, fast dan junk foods.
10. Mengambil vitamin. Makan supplement multivitamis, vit E dan C, folic acid. Dan tambahan untuk suami zinc dan selenium.

Monday 17 June 2019

PERKAHWINAN : Apakah Cara Yang Sebenarnya? Mengapa Begitu Sulit?

Indahnya Perkahwinan
Sejak akhir-akhir ini kita sering diperlihatkan dengan berbagai isu berkaitan dengan perkahwinan.  Begitu banyak masalah dan isu yang timbul seakan-akan ianya adalah satu beban terutama kepada pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga.  Apakah isu yang sebenarnya?  Adakah cara kita menjadikannya ia sulit?

Pada posting kali ini, saya akan membawa tuan/puan kepada satu persepsi yang baharu dan berbeza daripada kelaziman yang sering ditonjol dan diamalkan oleh rakyat Malaysia.  Sedutan video untuk dihayati bersama:



Semoga kita semua memilih untuk tidak mencari jalan yang tidak selari dengan tuntutan agama kita.  Seterusnya, ibu bapa perlu memainkan peranan dalam urusan perkahwinan anak-anak.  Inilah masanya untuk kita ubah persepsi-persepsi yang telah dimainkan lama oleh kita yang secara tidak langsung mempengaruhi minda rakyat Malaysia.  Kita perlu biasakan yang betul, dan betulkan yang biasa.

Wallahua'lam..