Tuesday 18 June 2019

Petua & Panduan Untuk Cepat Hamil


cahaya mata adalah anugerah daripada Allah
Semua pasangan yang berkahwin menginginkan cahaya mata sebagai pelengkap kepada sesebuah keluarga. Kehadiran cahaya mata tentunya menjadikan sesebuah keluarga itu lebih sempurna dan bahtera perkahwinan yang lebih menarik.  Walaubagaimanapun tidak semua pasangan dikurniakan cahaya mata. Terdapat juga sesetengah kecil pasangan menghadapi kesulitan untuk mendapatkan cahaya mata.

Di sini saya cuba kongsikan 10 tips untuk cepat hamil sebagai panduan dan bimbingan kepada pasangan yang ingin mendapatkan cahaya mata.

10 Panduan Tips Cepat Hamil

1. Kahwin awal. Untuk wanita, kahwin cepat bila ada peluang. Telah terbukti bahawa wanita berada dalam keadaan paling subur sebelum umur 20 tahun. Pada masa tersebut belum tumbuhnya endometriosis , fibroids dan lain-lain penyakit peranakkan
2. Pemeriksaan doktor lebih awal. Lebih 80% pasangan biasanya akan hamil dalam masa setahun selepas kahwin. Oleh itu, jika anda mengalami masalah senggugut atau gangguan haid, silalah berjumpa dengan doktor secepat untuk pemeriksaan peranakkan dan ujian kesuburan.
3. Semak kesihatan bersama. Tentukan status kesihatan suami isteri berada dalam keadaan terbaik. Buat rawatan jika adanya penyakit.
4. Hubungan seksual. Mampu buat hubungan seksual yang sempurna dan memuaskan. Ada yang kahwin selama 6 tahun tapi masih gagal menembusi selaput dara isteri. Jumpa pakar untuk rawatan jika masih gagal dalam tempuh 6 bulan kahwin.
5. Waktu subur yang tepat. Pasangan mempunyai peluang hamil yang baik jika pusingan haid isteri adalah teratur iaitu 28-30 hari (+/- 5 hari). Kebiasannya, waktu subur atau ovulation berlaku pada hari ke14 jika pusingan adalah 28 hari dan hari ke16 jika pusingan 30 hari.  Waktu subur boleh dikesan oleh catatan suhu BBT dan ovulation test kit.
6. Hubungan yang kerap sewaktu subur. Hubungan seksual boleh dilakukan selang malam mulai hari ke-12 hingga hari ke-20. Kekuatan benih suami berada dalam keadaan terbaik dalam jarak 48 jam.
p/s:  Jangan bangun untuk buang air atau mencuci faraj bila bersetubuh pada waktu subur. Kepit peha dan alas bantal dibawah pinggong selama 2-4 jam atau terus tidur.
7. Berada dalam keadaan tenang. Ketenangan jiwa dan lapang fikiran pada kedua suami dan isteri adalah sangat  penting untuk menjayakan kehamilan.
8. Berat badan. Kawal berat badan. Kegemukkan akan mengganggu hormon subur dan menghindar pematangan telor/ovulation. Rujuk kepada garis panduan untuk menguruskan badan.
9. Makanan yang berkhasiat. Pemakanan yang berkhasiat dan berzat sangat penting untuk cepat hamil. Sebaikknya 70% makanan terdiri dari bahan-bahan segar segar mentah – buah-buahna dan sayur-sayuran.  Minum juz segar dari buah-buahan dan sayur-sayuran. Jauhkan gula dan manisan, fast dan junk foods.
10. Mengambil vitamin. Makan supplement multivitamis, vit E dan C, folic acid. Dan tambahan untuk suami zinc dan selenium.

No comments:

Post a Comment