Thursday 26 December 2019

PARLIMEN MALAYSIA

Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera,

Saya ingin berkongsi pengalaman bertugas sebagai Pegawai Parlimen bagi Agensi Kerajaan di Malaysia.  Tahukah anda yang parlimen ini terbahagi kepada Dewan Rakyat dan Dewan Negara?

Sedikit info: 


  1. Dewan Rakyat:
  • Dewan Rakyat dianggotai oleh wakil-wakil MP (Member of Parliament) yang menang sewaktu pilihanraya.  Maksudnya disini ialah Ahli Parlimen-Ahli Parlimen yang menang di kawasan-kawasan tertentu di Malaysia. Kiranya yang korang undilah 😝
  • Di Dewan Rakyat ini jugalah tempat di mana persoalan-persoalan mengenai dasar-dasar Kerajaan di review dan dibahaskan untuk kemakmuran bersama.  Bercerita mengenai persoalan, tahukah anda persoalan ini terbahagi kepada Soalan Lisan dan Soalan Bertulis? haa..yg persoalan nnti saya jawab dlm entri yang lain ye..

aturan susunan didalam Parlimen Malaysia

  1. Dewan Negara:
  • Dewan Negara terdiri daripada YB Senator yang dilantik berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.  Antaranya ialah mereka yang mempunyai rekod yang baik dalam pekerjaan dan telah menyumbang / memberi impak kepada negara.  
  • Mereka ini jugalah yang akan menjadi check and balance untuk sebarang dasar baharu yang dikemukakan untuk dibahas.  Mereka ini selalunya adalah orang-orang yang hebat dalam education.  Contohnya Professor, Dato', bekas kakitangan kerajaan, dsb.
Okay, sekarang masuk balik mengenai pengalaman bertugas di Parlimen.  Waktu pertama kali menjejakkan kaki ke Parlimen, kita akan terpegun dengan rekabentuk bangunannya.  Tahu tak sebab apa?  Sebab terlalu banyak ukiran kayu yang sangat berseni didalam bangunan tersebut.  Tak lupa juga ada gambar-gambar Yang Dipertuan Agong mengikut susunan di dalam saiz yang besar digantung di dinding sebelah atas.

Kalau anda semua berpeluang untuk masuk ke dalam Parlimen, kawasan yang wajib anda pergi ialah galeri nya.  Galeri ini berada di tingkat atas Parlimen.  Galeri ini menyimpan dokumen-dokumen kerajaan yang terdahulu, jubah speaker, cokmar, Perlembagaan Malaysia, dsb.

Lupa pula nak bagitahu yang Dewan Negara ni kecik sedikit daripada Dewan Rakyat.  Sebabtu waktu bertugas di Dewan Negara, muka kita ni masuk sekali dalam TV.  Yela, kita duduk di belakang bahagian Pegawai Kerajaan, disebabkan Dewan Negara ni agak kecil, muka kita pon termasuk sekali waktu Menteri menjawab Soalan-Soalan Dewan. 😝😝


saiz Dewan Negara yang kecil berbanding Dewan Rakyat


Perkara yang paling seronok apabila berada di Parlimen ini ialah sewaktu ahli pembangkang mengemukakan soalan tambahan yang mana YB Menteri kena bersedia untuk menjawab secara spontan.  Waktu ini, YB Menteri kena menggunakan segala kebijaksanaan untuk memberikan jawapan yang tepat dan sesuai dengan dasar Kerajaan yang telah ditetapkan.

Nanti saya akan kongsikan peraturan-peraturan apabila berada di dalam Parlimen yang wajib untuk kita patuhi.  Yang ni sangat penting kerana ada juga yang tidak dibenarkan masuk ke dalam Parlimen jika gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Okay lah..semoga berjumpa di entri yang lain..byeeeee




No comments:

Post a Comment